ALATAN DAN BAHAN P&P (TEACHING AID)

Alatan Pengajaran dan Pembelajaran yang akan digunakan bagi memudahkan pemahaman murid-murid tentang konsep isipadu ini ialah :
1.      Cawan, mug, jag, botol air, mangkuk dan bekas-bekas lutsinar seperti dalam gambarajah di bawah :
   
  
2.      Air yang berwarna, manik pelbagai warna atau pasir
3.      Lembaran kerja
4.      Kad aktiviti
                    Bahan dan alatan ini digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kerana ia mudah diperolehi. Murid-murid juga pernah melihat bahan dan alatan ini di rumah mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan kerana pengalaman sedia ada murid lebih memberi makna kepada mereka. Secara tidak langsung pendekatan kontekstual digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
                     Air yang berwarna, manik pelbagai warna dan pasir digunakan bagi memudahkan murid-murid melihat isipadu atau kapasiti di dalam bekas. Murid-murid akan nampak lebih jelas perbezaan, persamaan, mana yang lebih banyak, mana yang kurang dan dapat menyatakan 'penuh', 'separuh penuh', atau 'kosong'. Lembaran kerja yang diberikan kepada mereka akan mengukuhkan lagi pemahaman murid-murid bagi setiap kemahiran yang dipelajari.