Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.
Alatan :
gelas kecil, botol, cawan, 1 jag besar air yang berwarna, 1 jag kosong dan lembaran aktiviti.
Prosedur:
1. Murid diagihkan kepada kumpulan berlima.
2. Lantik seorang pencatat untuk merekod jawapan yang diperolehi.
3. Ketua kumpulan dikehendaki mengambil satu set bekas kecil (botol, cawan dan gelas), 1 jag kosong dan 1 jag air.
4. Murid dikehendaki membuat anggaran berdasarkan jadual dalam lembaran aktiviti yang diberikan.
BEKAS | BOTOL | CAWAN | GELAS |
Anggaran | |||
Pengukuran |
5. Murid dikehendaki mengisi jag kosong dengan menggunakan alatan yang ditetapkan sehingga penuh untuk mendapatkan ukuran yang tepat dan melengkapkan jadual di atas.
6. Ulang aktiviti dengan bekas yang lain pula sehingga semua ahli kumpulan memahami konsep pengukuran.
7. Murid dikehendaki menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah.
i. Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ botol.
ii. Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ cawan.
iii. Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti _______ gelas.
8. Murid digalakkan berbincang untuk membuat rumusan tentang bekas yang kecil dan bekas yang besar.
9. Jurucakap kumpulan akan membentangkan rumusan mereka di hadapan kelas.
10. Guru bersama murid membuat kesimpulan keseluruhan hasil penemuan yang diperolehi.