Hasil Pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat membuat persepsi tentang perbandingan kapasiti.
Alatan :
· Tiga biji gelas yang sama saiz
· Tiga biji mangkuk yang sama saiz
· Tiga biji jag yang sama saiz
· Satu baldi air yang berwarna atau manik yang pelbagai warna
Prosedur :
1. Guru meletakkan beberapa jenis bekas yang akan digunakan untuk aktiviti di atas meja.
2. Guru menunjukcara dihadapan kelas dan murid-murid diperkenalkan dengan kosa kata ‘penuh’, ‘separuh penuh’ dan ‘kosong’.
3. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan berempat.
4. Murid diberi bekas yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan diletakkan di atas meja dalam kumpulan masing-masing.
5. Murid di kehendaki menjalankan aktiviti menuang air ke dalam bekas sama ada ‘penuh’, ‘separuh penuh’ atau ‘kosong’.
6. Kemudian, murid-murid dikehendaki menyusun mengikut susunan dari ‘kosong’, ‘separuh penuh’ dan ‘penuh’.
7. Aktiviti ini akan diulang dengan bekas yang lain pula. (Aktiviti diulang mulai langkah 4-6).
8. Sebagai pengukuhan murid-murid diberi lembaran kerja untuk disiapkan dalam masa 5 minit.